Sebagai seorang guru, guru perlulah kreatif dalam menjadikan bilik darjah kekal ceria dan menarik. sebagai seorang guru, cara untuk mengendalikan bilik darjah agar tetap ceria dan menarik guru perlulah bijak dalam pengurusan kelas. Kerana, pengajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Bilik darjah memerlukan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan ceria semasa pengajaran dijalankan. Setiap bilik darjah di sekolah akan dibahagikan kepda beberapa kelas mengikut umur dan tahap pencapaiannya supaya guru-guru dapat memberikan didikan yang sama baiknya dengan pelajar yang lain serta pengajaran dan pembelajaran yang berbeza mengikut peringkat umur murid-murid dapat dilakukan oleh guru mengikut perkembangan dan keupayaan dalam mata pelajaran yang diajari oleh guru sekolah.Ciri-ciri bilik darjah pada masa hadapan yang saya cadangkan ialah bilik darjah yang mesra alam tetapi mempuyai alat teknologi yang canggih yang berada dalam kelas supaya kanak-kanak dapat mencari maklumat dengan mdah tentang membelajaran yang berlaku.
Contoh bilik darjah yang mesra alam.
Dengan menggekalkan konsep mesra alam ini dapat menjadikan suasana bilik darjah menjadi ceria dan membuatkan para pelajar sentiasa bersemangat menjalani pembelajaran setiap hari. Bilik darjah yang digabungkan dengan alam semula jadi dapat membantu kanak-kanak mengingati pembelajaran dengan mudah dan berkesan serta mendapat tumpuan yang sepenuhnya sewaktu berada didalam kelas kerana suasana di dalam bilik darjah yang sangat indah sama seperti berada diluar luar kelas yang tumbuh-tumbuhannya yang segar.Bak kata pepatah sejuk mata memandang.
Bilik darjah yang menggunakan teknologi yang canggih.
Dengan kemudahan yang ada didalam kelas, pelajar dapat menggunakan peralatan itu dengan sebaik mungkin dan dapat mencari maklumat dan dapat mengetahui apa kajian yang sedang mereka cari. Penggunaan bahan teknologi seperti komputer dapat menyelesaikan masalah para pelajar dengan mudah serta mendapat kesahihannya dengan cepat. manakala bagi seorang guru, guru berpeluang mendidik kanak-kanak menggunakan alat teknologi seperti komputer berdasarkan tema pembelajaran mereka pada hari tersebut. Ini dapat mewujudkan suasana yang lagi menyeronokkan bagi pelajar. Namun begitu, dengan menggunakan alat teknologi kanak-kanak harus sentiasa dipantau supaya kanak-kanak tidak leka menggunakan masa luang mereka dengan hanya berdepan dengan komputer yang tidak menunjukkan mereka sedang mencari maklumat tentang pembelajaran mereka. Manakala penggunaan bahan sains didalam bilik darjah dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang mata pelajaran sains, kerana dengan adanya bahan sains didalam bilik darjah mereka dapat mengetahui lebih dalam lagi tentang pelajaran tersebut.
Pedagogi dalam pendidikan
Pedagogi merupakan satu bentuk
pengajaran dalam mengaplikasikan pembelajaran dengan menggunakan kaedah dan
teknik mengajar. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menuju kearah era permodenan
ini alangkah baiknya sekiranya pembelajaran disekolah dapat digunakan dalam
bentuk kemahiran berfikir dengan luas serta dapat diaplikasikan dalam
pengajaran dan juga pembelajaran serta pengajaran yang berasakan mellaui kajian
mada hadapan supaya kanka-kanak dapat berfikir secara luas dan dapat belajar
secara konstruktivisme. Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran
berfikir secara luas dapat mengembangkan lagi pemikiran mereka dengan lebih
luas dan secara menyeluruh.
Kesimpulannya, semua guru mengimpikan
sebuah bilik darjah yang lagi moden dan serba canggih agar setiap pembelajaran
dan pengajaran bermula ia menjadi satu kegembiraan bagi seorang guru kerana
proses P&P berjalan dengan mudah, senang dan cepat dengan adanya alat
teknologi yang canggih dan hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk mencari
bahan bantu mengajar. Namun begitu, walaupun kearah era permodenan yang
menggunakan alat teknologi yang moden, tidak seharusnya melupakan alam sekitar
yang penuh dengan kehijauan, ini kerana tumbuh-tumbuhan yang hijau dan segara
dapat memberi kecerdasan yang baik bagi minda kita dan secara langsung dapat
memberikan tumpuan yang baik bagi melakukan sesuatu perkara. kehijauan alam
semula jadi dapat menghilangkan tekanan bagi seseorang sekiranya mengalami
masalah. Bilik darjah merupakan rumah kedua bagi kanak-kanak kerana mereka akan
belajar sama seperti apa yang mereka lakukan dirumah. Oleh itu, guru memainkan
peranan yang penting dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang baik dan
kreatif.
Sekian dan Terima kasih.
![]() |
| Add caption |















