BIODATA
Sharllyn Christle Richard
EC1410029
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Guru
Apa itu komputer? Komputer adalah alat elektronik yang direka khas untuk bekerja dengan Maklumat. Komputer berasal dari istilah 'computare' dalam bahasa Latin, Komputer adalah alat elektronik yang canggih yang boleh mengambil data sebagai input daripada pengguna dan memproses data ini di bawah kawalan set arahan (dipanggil program) dan memberikan hasil (output) dan menjimatkan output untuk kegunaan masa depan. Ia boleh memproses kedua-dua nombor dan bukan berangka (aritmetik dan logik) pengiraan. Komputer adalah peranti yang menerima maklumat (dalam bentuk data berdigital) dan memanipulasi untuk beberapa hasil berdasarkan program atau urutan arahan mengenai cara data itu akan diproses. Komputer Complex juga merangkumi cara-cara untuk menyimpan data (termasuk program, yang juga merupakan satu bentuk data) untuk beberapa tempoh yang diperlukan. program A mungkin invariable dan dibina ke dalam komputer (dan dipanggil logik litar kerana ia adalah pada mikropemproses) atau program yang berbeza yang diperuntukkan kepada komputer (dimuatkan ke dalam simpanan dan kemudian dimulakan oleh pentadbir atau pengguna). komputer hari ini mempunyai kedua-dua jenis pengaturcaraan. Perkembangan melalui penggunaan komputer selanjutnya tidak begitu ketara sehingga akhir tahun 1970-an iaitu apabila penggunaan mini komputer dan mikro komputer mula berkembang. ia menjadi satu konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (PPBK) mula dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan pada masa kini. Di samping itu juga, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui komputer ini dapat mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer dalam pembelajaran (Said Draman,2001). Kesedaran tentang kepentingan aplikasi penggunaan komputer dalam bidang pendidikan mula disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamed. Usaha ini diharapkan agar dapat merealisasikan aspirasi yang patut kita kecapi untuk mencapai tahap negara maju kearah era globalisasi permodenan yang berasaskan sains dan teknologi menjelang tahun 2020.
Terdapat lima kelebihan kegunaan komputer didalam pengajaran dan juga pembelajaran yang boleh diaplikasikan didalam kelas ataupun diluar kelas. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membimbing kanak-kanak bagaimana menggunakan komputer dengan baik dalam mencari maklumat dengan cara yang betul.
Menyokong
Pembelajaran Kendiri Dengan Maklum Balas dan Peneguhan yang Cepat.
Dengan bantuan komputer dan juga
internet, guru dan juga pelajar dapat mencari maklumat dengan mudah dan senang.
Ia bukan sahaja cepat malah menerima maklum balas dengan peneguhan yang cepat
dan tepat. Selain itu juga, mereka dapat mengetahui betapa pentingnya komputer
untuk kegunaan mencari maklumat dan menyelesaikan sesuatu tugasan. Serta,
keinteraktifan juga membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik
dengan kawalan kendiri yang terkawal. Oleh itu, komputer amat penting bagi
membantu kita mencari jawapan dengan pantas hanya menggunakan dihujung jari
sahaja.
Memperkayakan
Pengalaman Pembelajaran.
Melalui kaedah ini menggunakan alat teknologi moden iaitu komputer, pembelajaran dan juga pengajaran yang dilakukan didalam kelas mahupun bukan, sebagai seorang guru ia dapat memberi pengalaman yang baik kepada para pelajar dan juga guru dalam menggunakan bahan bantu mengajar seperti komputer. komputer dapat memberikan kelainan kepada pelajar semasa pembelajaran dilakukan.kerana pengalaman yang baru dapat mengubah pemikiran dan fokus terhadap pembelajaran mereka. Contohnya guru, memvariasikan pengajaran beliau melalui kaedah menggunakan muzik melalui komputer yang sesuai dengan pembelajaran yang diajar. Ini juga dapat membantu kanak-kanak melalui berfikir dengan daya ingatan yang mudah kerana pembelajaran senang di ingati serta menyeronokkan bagi pelajar. Dengan menggunakan komputer sewaktu pembelajaran berlansung ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk lebih fokus sewaktu pembelajaran ini berlansung. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sudah tidak asing lagi. Para pendidik perlulah memahirkan diri mereka dalam penggunaan komputer. Komputer juga salah satu daripada alat ABM dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
Guru Dapat Berkongsi Idea Pengajaran.
Melalui perkongsian yang dihantar melalui internet juga membolehkan guru dari seluruh dunia dapat berkongsi rancangan pelajaran terbaik dan cadangan antara satu sama lain. Melalui perkongsian idea pengajaran bersama dengan rakan-rakan guru, mereka dapat meningkatkan mutu pengajaran yang seimbang berteraskan KSPK Komputer dan Internet adalah sumber yang besar untuk guru-guru kelas. Guru boleh mencari cadangan, rancangan pelajaran, sokongan praktikal, maklumat, dan bahan-bahan melalui Internet. Malah, dengan menggunakan komputer boleh menjadikan kehidupan seorang guru lebih mudah dan lebih cekap dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru.
Membangkitkan Motovasi Kepada Pelajar dalam Pembelajaran.
Keceriaan kanak-kanak adalah sebuah ukiran yang sangat termanis pada jiwa seseorang. Keceriaan kanak-kanak dapat mengubah hati seseorang yang sedih menjadi ceria dengan melihat gelagat mereka yang sangat licik dan comel. Oleh itu, sesi pembelajaran yang seronok dapat mengubah situasi mereka menjadi suasana yang menarik dan bersemangat. Terdapat banyak perisian yang menarik minat kanak-kanak dengan menggunakan komputer. Contohnya, kanak-kanak dapat belajar memadankan gambar dengan huruf-huruf, menyanyikan lagu yang bertemakan haiwan dan mereka dapat mengenal abjad-abjad melalui komputer. Melalui permainan yang mereka mainkan, ia dapat mewujudkan suasana yang ceria kepada kanak-kanak dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi diri terhadap kanak-kanak kerana mereka berjaya melakukan sesuatu perkara.
Mengurangkan Beban Tugas Guru.
Melalui penggunaan komputer dalam menyelesaikan pelbagai tugasan, ia dapat mengurangkan beban tugasan seorang guru dalam membuat bahan bantu mengajar. Dengan menggunakan komputer, kerja seorang guru menjadi lebih mudah dan cepat serta dapat menarik minat kanak-kanak. Selain itu juga, guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran sewaktu p&p berlansung. Contohnya guru boleh menggunakan e-learning dalam pembelajaran dan pengajaran. E-Learning adalah pembelajaran jarak jauh yang memanfaatkan teknologi komputer, jaringan komputer dan Internet.
Kesimpulannya, memperkenalkan alat teknologi kepada kanak-kanak di usia awal dapat banyak faedah dan manfaat kepada mereka supaya tidak ketinggalan kearus permodenan. Komputer merupakan alat teknologi yang sangat peting untuk memudahkan pekerjaan seseorang. Secara amnya, penggunaan membantu mengembangkan minda seseorang itu dengan pengalaman yang luas melalui pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam hidup mereka.
Sekian dan Terima Kasih.
Kesimpulannya, memperkenalkan alat teknologi kepada kanak-kanak di usia awal dapat banyak faedah dan manfaat kepada mereka supaya tidak ketinggalan kearus permodenan. Komputer merupakan alat teknologi yang sangat peting untuk memudahkan pekerjaan seseorang. Secara amnya, penggunaan membantu mengembangkan minda seseorang itu dengan pengalaman yang luas melalui pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam hidup mereka.
Sekian dan Terima Kasih.






No comments:
Post a Comment